28 Mei- 3 Jun 2006

 

Arkib Sajak                         [kembali]

 

Carikan Aku Ubat

Aku di mana?
Carikan aku ubat!
Jasadku di dalam
rohku di luar.

Muhammad yang aku akrabi
tidak tenang.

Aku siapa?
Carikanlah aku ubat
agar matahati memakrifat!


Izle
28 Jun 06 | 11.56 pm


 

Menungan iii

dalam menguraikan tanda tanya
ditemukan tanda titik


rimanilzah
29 Jun 06 | 7.28 pm


 

Mencari Tuhan (ii)

Mencari Tuhan
kitalah pelaut

Manakah sampan,
mana pendayungnya?

Tuhan ada di sini
kenapa jauh kita mencari?

Tuhanmu gedung tersembunyi
maka..
bukalah kunci pada diri sendiri.


Izle Ismail, NS
20 Jun 06 | 07.09 malam

 


Mujahadah
Lorong-lorong sempit tak bertepi
bukan menjadi alasan
lantas gugur segala kekuatan
untuk mencintaimu

Duri-duri tajam yang bisanya cukup menusuk
menjalar lalu lumpuh kebinasaan
bukannya pelemah niat menyingkir
perhiasan kepalsuan

Biarpun seorang diri tanpa senjata ampuh
menangkis setiap tujahan tentera amarah
yang telah lama menjalar
dalam setiap nadi rongga
darah mengalir namun..
berbekal sedikit keimanan dan
Pintaku..
Gagl atau berjaya
kau tetap kekasihku
oh! Tuhanku.

A.r gobel (kem 9)
21 Jun 06 | 10.19 pagi


 

Mencari Tuhan

Mencari Tuhan
Antara Zat.. Sifat.. Asma.. Af'al
Kalau pecahkan ruyungnya
Maka
terlihatlah Tuhan tanpa nampak
Tanpa sebarang lafaz bicara
Hu Allah
Nikmat!


Izle Ismail, NS
17 Jun 06 | 06.51 malam

 


Ucapan Untuk Abah

Kdg2 kita lupa jasa dia dek kerana kita dibayangi wajah ibu yang setia
Kdg2 kita alpa kewujudannya dek krn dia sering tiada
Hidupnya mencari sesuap nasi utk kita
Tetapi kasihnya meski tak ttunjuk adalah abadi selamanya
Tanpanya kita tiada di dunia!
SELAMAT HARI BAPA, abah!


Abdul Atan Din
Kuala Kangsar

17 Jun 06 | 1.37 petang


Banjir
Ia pecah dan menitis
membasah ke segenap ruang

Ia menitis
membasah ke segenap ruang
membanjir lembah-lembah gersang

Membasah ke segenap ruang
membanjir lembah-lembah gersang
ada kawasan-kawasan yang tenggelam

Rabb
Kala hujan kala kebanjiran
Kami ketakutan

Nimoizty
 

15 Jun 06 | 11.38 malam


Menung 1

kita bermain wayang
dalam mengejar bayang

rimanilzah
14 Jun 06 | 01.18 pagi


Dalam juang
aku merundum jatuh
Hasilnya parah
Ubat yang dihulurkan
hanya ketawa
Terkilan
Seangkatan sepeluru malu
di dada sendiri

aniMarZah
9 Jun 06 | 9.05 malam


Peringatan Had Usia

Hari perentap bebas
tiba penuh amaran
Datang memalu
hantar petanda
risau di wajah
Mengikat resah
desah hati pergilah nestapa
Bererti penuh makna
membawa ikatan ingatan
Di sini kecewa berlalu
datanglah bahagia jiwa
Jangkau rasa nikmat
jenguk serambi di sana

Ilhami
6 Jun 06 | 10.10 malam

 


 

Dinihari dua belas
Laut manusia di Puduraya
bpusu-pusu menuju destinasi

Aku berdiri di platform
menanti kelibat suri
mengucup cinta.

Abdul atan din
Puduraya, Kuala Lumpur.
5 Jun 06 | 12.20 tengah malam

 


Cinta

Sebuah ikatan cinta
Yang Teragung
Tiada bandingan sepertinya
Adalah persaksian diri pada Allah
Yang Maha Esa.


Ratna Alam @ Faizah
Shah Alam

1 Jun 06 | 2.45 petang


 

Mana kain?
Mana maruah?
Mana dara?

Mengapa diselak?
Mengapa dijaja?
Mengapa dilacur?

Lupakah dosa?
Lupakah balasan?
Lupakan azab?

Gilakah fikiran?
Merengkah otak?
Hilangkah akal?

Jangan begitu,
Kembalilah lekas,
Aku merayu.

-sya-



memotong saat suka dengan pisau duka
memanah lapang tepat menyebarkn racun kesibukkan
aku tetap memandang dalam rasa iri pada urusan yang tertangguh...

-aniMarZah-
10:36 malam | 28 Mei 2006

Burung Kemarau

Berdecip comel di ranting masa
Mengubah bimbang resah menjadi ilham dewasa
Berkicau pasrah di dahan nafas nan seksa
Berkocak dada sebak mencari embun
Mencairkan haus rindu sedusun
Sekurun seksaan
Serumpun ketakutan
Telah kau tafsirkan di sangkar sarang ribuan api
Runtuhan sangsi.


-Tie Camar, Ampang-
10:32 pagi | 14 Mei 2006


 

Lepat Ubi

Kembaliku ke teratak uwan
Erat dakap menyambut pulang
Mekar hatinya melumat ubi
Oh
Ambil lekas daun pisang itu
Di hangat api kulayukannya
Kuhiris ketul gula anau
Menyala sudah inginku padanya
Aroma kukus senyum merkah
Lepat ubi uwan
Puasnya bersamaku
Membiar hari cemburu

 

-Ida Munira Abu Bakar-
012 261 ****
8:04 malam | 12 Mei 2006