|
Mawar Pada Merpati
Ayuh carik kelopak mawar putih
serahkan pada merpati putih
moga sampai ke kota Yahudi
yang ketandusan sekeping hati
Ode
7 Julai 06 | 03.51 pagi
Tuhan Tidak Jauh
i
Lafazkan Hu Allah
nadi bergema!
kau... seperti tiada.
ii
Minumlah air dari piala ketuhananmu
Pandanglah Dia dengan ihsan.
Lafaz Bismillah...
Terbukalah AsmaNya yg termulia
iii
TuhanMu tidak jauh
Jika bergetar jantungmu
Terbukalah tirai antara kau dan Dia
iv
Sahabat
Yang berkata
Tidak sama seperti yg merasa.
Izle Ismail/b>
4 Julai 06 | 02.55 petang
|