HESCOM 08

 

HADIAH ESASTERA.COM 2008 (HESCOM 2008)


 

Anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)*


 

Makan Malam, Persembahan Puisi, Hadiah Sayembara 08,
Anugerah Karya di eSastera.com 1.7.07-30.6.08

DENGAN KEHADIRAN
Akmal Jiwa (Datuk Kemala), dan AGI

Masa: Sabtu 13.12.2008, 8.00 malam
Venue: Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur

Tetamu Undangan: Sedang diusahakan  Kemala dan AGI

 *Sedang diusahakanTelah bersetuju

 

Gambar-gambar di Majlis Hescom08 Untuk melihat gambar, sila klik DI SINI.
Gambar-gambar Pilihan
HADIAH E-SASTERA.COM 2008 (Hescom 08)
(Sila klik untuk mendapatkan imej yang besar)
Amir Anwar (dari Singapura) sedang menghiburkan hadirin dengan dendangan lagu puisi Penulis veteran Razali Endun (kanan) dan HMS Abu Bakar Penulis muda Nimoiz T.Y pulang dari Sarawak untuk menjadi Pengacara majlis Dr. Irwan Abu Bakar, Pengasas eSastera.com, sedang menyampaikan ucapan mengalu-alukan para hadirin Penulis haiku siber terkenal, Rudy Bluehikari, sedang menerima watikah pelantikan sebagai Ketua eSastera Wilayah Tengah
Datuk Akmal Jiwa (Kemala) bersama-sama tetamu lain sedang menikmati persembahan deklamasi puisi oleh ahi-ahli eSastera Para hadirin tekun mengikuti persembahan oleh ahli-ahli eSastera Nik Zafri dan Dr. Irwan Abu Bakar sedang melancarkan lapan buah buku baru terbitan eSastera.com Dr. Irwan Abu Bakar, Pengasas eSastera, sedang memberi penerangan kepada hadirin tentang salah satu daripada lapan judul buku yang dilancarkan pada malam itu Para tetamu di malam Hescom 08, termasuk Datuk Akmal Jiwa (Kemala) (kiri), bersama Dr. Irwan Abu Bakar (dua dari kiri), dan Nik Zafri.
 
Penyair As Syramy sedang menerima watikah pelantikan sebagai Ketua eSastera Wilayah Timur dari Dr. Irwan Abu Bakar, Pengasas eSastera.com Penulis siber Azmi Rahman (UUM) sedang menerima anugerah yang dimenanginya. Datuk Akmal Jiwa (Kemala) sedang menerima cenderahati dari Dr. Irwan Abu Bakar, Pengasas eSastera.com Para hadirin berinteraksi selepas selesainya majlis rasmi Hescom 08.  Kelihatan Sasterawan Alam Siber Anbakri (kiri) bersama-sama penulis siber Azmi Rahman  
KEPUTUSAN PENUH HESCOM 2008
(Disiarkan pada 14.12.2008, 2.15 am)

Perhatian: Hanya pemenang yang hadir di malam penaugerahan Hescom 08 sahaja yang layak menerima hadiah yang diperuntukkan.
1. ANUGERAH-ANUGERAH HESCOM 08

PEMENANG KESELURUHAN

Pemenang Keseluruhan mendapat piala pusingan (sumbangan sdr Nik Zafri): Kalamutiara.

ANUGERAH PENYAIR ALAM SIBER (APAS 2008)

Hadiah Utama (RM2,008): Tentang Lukisan Kusam Dan Tak Tersiap (Kalamutiara).
Hadiah Kedua (RM200):  Ambivalen: Nyanyian Absurdis: (Azmi Rahman)
Hadiah Ketiga (RM100): Jebat-jebat Merafak Sembah (M.N. Iskandar)
Sagu Hati 1 (RM50): Tamu Sang Diktator (Hani Hamsyari)
Sagu Hati 2 (RM50): Perang Ini Bukan Membakar Jendela (Anjanglie)

ANUGERAH CERPENIS ALAM SIBER (ACAS) 2008

Hadiah Utama (RM1000): Berselindung Di Sebalik Pokok Nipah (Roslan Jomel)
Hadiah Kedua (200): Pentas Genba (Naimisa)
Hadiah Ketiga (100): Kilabret - Sebuah Cerita Songsang (Kalamutiara).

ANUGERAH SAJAK JENAKA (SAJEN) ALAM SIBER (ASJAS)

Hadiah Utama (RM1000): Klasik Meragam Isteriku Tinggal (Merdu Andika)
Hadiah Kedua (RM200): Tender Tertutup Dan Tender Terbuka (Ariff Abadi)
Hadiah Ketiga 1 (RM50): Bila Dah Gila-gila (Teratai)
Hadiah Ketiga 2 (RM50): Apa Kata Mereka Bila Harga Petrol Naik (MB)

ANUGERAH HAIKU MELAYU ALAM SIBER (AHMAS)

Hadiah Utama (JY10,000): Izwansah
Hadiah Kedua (JY2,000): Mokhtar Sah Malik
Hadiah Ketiga (JY1,000): Jebatsari

eSASTRA INDONESIA: PUISI

Hadiah Utama (Rp2,500,000): Perantau Pulang (Setetes Embun)
Tempat Kedua (Rp500,000): Selamat Tinggal Rindu dan Nafsu (Apandi)
Tempat Ketiga (Rp250,000): Pesan Seorang Murid (Putri Pratama)

eSASTRA INDONESIA: FIKSI

Tiada yang melepasi halangan teknikal.


2. ANUGERAH eSASTERAWAN.NET

Blog Terbaik (Lukisan AbdullahJones): Brirasa.
Entri Terbaik (RM100): Jebatsari (Judul: Obama bukan Osama, bukan juga Osman).
Pelawat Bertuah (RM50): Naimisa.


3. PERSEMBAHAN TERBAIK

Kalamutiara dan Jebatsari.

4. SAYEMBARA-SAYEMBARA 08

S1. Aku anak merdeka (kelolaan Kalemas di Komuniti Profil)

Satu hadiah.
Pemenang: Kerisakti ("Aku dan Merdeka")

S2(1). Komuniti Pantun: Pemantun Idola

·         Tabir Alam: Pemenang Februari-Mac dan Ogos-September.

 

·         Azree Ariffin: Pemenang Februari-Mac.

 

·         Aliff Mustakim: Pemenang April-Mei

 

·         Azmi Rahman: Pemenang April-Mei

 

·         Teratai: Pemenang Jun-Julai dan Ogos-September

 

·         Asiahanif: Pemenang Jun-Julai

 

 

S2(2). Komuniti Pantun: Sayembara Berbalas Pantun

·         Aliff Mustakim: Hadiah pertama, Pantun jual terbaik.

·         Azmi Rahman: Hadiah ke-2, Pantun jual terbaik dan Hadiah ke-2, Pantun Beli Terbaik.

 

·         Mokhtar Sah Malik: Hadiah ke-3, Pantun Beli Terbaik.

 

·         Tabir Alam: Hadiah pertama, Pantun Beli Terbaik dan Pemantun paling prolifik.

 

·         Anna Karenina: Pantun Berciri Siber terbaik DAN Pantun Berunsur Jenaka terbaik.

 

S3(1). Sayembara Puisi tradisional Ramadan dan Syawal kelolaan sdr Ramy di Komuniti Sastera Tradisional

 

RM20: Mokhtar Sah Malik (Syair Ramadan Menjelang Syawal).

RM30: Nordarus (Syair Kewajipan Menyulam Mubarak).

RM50: Tabira Alam(Teromba Ramadan).

 

S3(2). Sayembara puisi tradisional Maulidur Rasul 08 kelolaan sdr Ramy di Komuniti Sastera Tradisional:

Hanya ada 2 orang yang layak.

Hadiah Kedua, RM50: Tabir Alam (Syair Maulidur Rasul).

Hadiah Pertama, RM70: Azmi Rahman (Gurindam Peribadi Rasulullah).

 

S4. Sayembara Sajak Jenaka kelolaan Hasimah Harun di komuniti Sajen

S4(1) (Sayembara menulis sajen Berdasarkan gambar)

Ke-3, RM30: Ramy (Jangan Gusar, Yang).

Ke-2, RM50: Jebatsari (Cinta Dangdut Di Hujung Estet).

Pertama, RM70:  Kale Mas (Seingkar Mimpi).

 

S4(2) Sayembara Sajen Pilihan raya

RM30: Mokhtar Sah Malik (Gurindam Pangkah).

RM50: Ainadilah (Yop).

RM70: MB (Maksud Di Sebalik Kata Manismu).

 

S5. Komuniti Madah kelolaan sdr Anbakri telah menyediakan 3 hadiah bagi penggiat madah yang prolifik:

                  1. Kingbinjai.

                  2. Kerisakti.

                  3. Hasimah Harun.

                 

S6. Komuniti Haiku dan Tanka kelolaan sdr Bluehikari.

S6(1) Sayembara Haiku Pilihan Raya: MN Iskandar.

S6(2) Sayembara haiku Ramadan/Syawal dan Sayembara Haiku Jun: Jebatsari

S6(3) Sayembara haiku April: Izwan Sah.

S6(5) Sayembara haiku Julai: Nordarus.

S6(6) Sayembara haiku Ogos: Azmi Rahman

 

S7. Komuniti Teka-teki kelolaan sdr Tabir Alam telah mengadakan

S7(1): Sayembara menjawab teka-teki:

Hadiah istimewa pemenang hatrik menjawab teka-teki: MB.

Pemenang sayembara menjawab teka-teki 2 ialah Ramy.

Pemenang sayembara menjawab teka-teki 4 ialah sdr Jelita Anis.

 

S7(2): Sayembara Menulis Teka-teki:

Jan: Tiada pemenang.

Feb: Aiza Zizan (Layang-layang).

Mac: Tiada pemenang.

Apr: Tiada pemenang.

Mei: Tiada pemenang.

Jun: Tiada pemenang.

Julai: Tetatai (Tempayan Batu).

 

S8: Komuniti DUNIAkini KITA keloaaan sdr Kalamutiara telah mengadakan tiga sayembara sepanjang tahun 2008:

S8(1): Mentafsir gambar;  RM25 tiap seorang: Pemenangnya: (1) Ria Asmira; (2) Anna Karenina.

S8(2): Entri Gambar Terbaik; menerima hadiah Lukisan karya sdr Rimanilzah. Pemenangnya: Brirasa.

S8(3) Sayembara Berbalas Pantun Bergambar Pilihan Raya Di Semanggol. Menawarkan tiga hadiah. Pemenangnya ialah:

Ke-3 (RM23): Azmi Rahman.
Ke-2 (RM28): Mokhtar Sah Malik.
Pertama (RM31: A. Mohd Fahmi.

 

KOMUNITI PENYAIR 

S9. Sayembara Pilihan Raya

Terdapat 78 penyertaan dan sajak-sajak sangat berkualiti.

Pemenang ke-3, RM99: Rimanilzah (Mawar Untuk PM).

Pemenang ke-2, RM100: MN Iskandar (Pelita Meliuk Di Sebalik Kelir).

Pemenang Pertama, RM101: Kalamutiara (Dongeng Fasal Ke-13).

S10. Sayembara Banjir

Hadiah-hadiah akan didermakan kepada mangsa-mangsa banjir semasa. Terdapat 22 penyertaan.

Hadiah ke-3, RM99: Azmi Rahman (Banjir Di Matamu, Banjir Di Kakiku, Banjir Di Tanganmu).

Hadiah ke-2, RM100: Rimanilzah (Fragmen Banjir).

Hadiah pertama, RM101: Kalamutira (Dalam Serakan).

S11. Sayembara Permatang Pauh

Terdapat 22 penyertaan.

Hadiah ke-3, RM99: Rimanilzah (Terkena).

Hadiah ke-2, RM100: Teratakerapung (Biarkan Bulan Menggembara).

Hadiah pertama, RM101: Azmi Rahman (Sajak Versi Adat Air, Angin, Akar, dan Akal; Menampi Padi, Angan-angan, Menerawang Langit, Membilang Beratur, Di Hujung Gading Sakti, Dan Nasi Berkerak Di Periuk Hati).

S12. Sayembara Raya Aidilfitri

Hadiah ke-3, RM20: Rimanilzah (Dekat).

Hadiah ke-2, RM30: Inilah Cinta Yang Sesungguhnya (Dewi Penyair).

Hadiah Perama, RM50: MN Iskandar (Tetes Darah Pertama).

 S13. Sayembara 50 Melayu Terbilang

RM50: Nordarus (Syed Mokhtar Al-Bukhary).

RM200: Musalmah Mesra (Shahnon AHmad).

RM300: Azmi Rahman (Tunku Abdul Rahman).

RM1000: Kalamutiara (A. Samad Ismail).

LAPORAN PANEL HAKIM

HADIAH eSASTERA.COM 2008

(Disiarkan pada 14.12.08, 1:23 am)

PENGENALAN

Penilaian karya kategori sajak (termasuk sajen dan puisi Indonesia), cerpen dan biografi tertakluk kepada kualiti persembahan secara berseni.  Cerpen dan puisi yang dihakimi ternyata semakin kuat dari segi daya kreativitinya dalam melahirkan pemikiran dan fenomena yang membuktikan daya intelektualiti pengarang atau penciptanya.  Setiap karya yang diadili telah dihakimi dengan telus tanpa sebarang sendengan (bias).  Keadilan ini dapat dicapai kerana penilai tidak diberitahu tentang nama pengarang setiap karya yang dihakimi.

 Setelah semua karya dibaca dan dinilai oleh sekumpulan pengadil, suatu senarai pendek ditentukan bagi setiap kategori karya.  Daripada senarai pendek itu, kedudukan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga ditentukan berdasarkan kriteria umum dan khusus dengan matlamat utamanya menyediakan landasan ilmu dan kreativiti sebagai panduan untuk tujuan penilaian setiap karya yang dihakimi mengikut kategori masing-masing. Setelah semua perkara diambil kira dengan seadilnya dalam penghakiman dan penilaian kualiti karya, keputusan yang dibuat oleh pengadil finalis adalah muktamad.

 Kriteria Penilaian

Ukuran yang berikut menjadi panduan umum bagi setiap ketegori karya yang dinilai. Panduan umum ini dijadikan rujukan Panel Hakim Finalis dalam proses memilih karya-karya yang layak menerima hadiah. Hadiah yang diberi ialah pemenang tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga termasuk tempat keempat bagi kategori Biografi dan tempat keempat dan kelima bagi kategori sajak.

Kriteria Penilaian Sajak

Dalam usaha memilih dan menentukan karya pemenang, beberapa panduan digunapakai sebagai asas penilaian:

 (i)                 Karya mestilah mendukung konsep kreativiti yang mengutamakan keindahan sama ada dari segi bentuk atau maknanya.

(ii)               Karya mestilah dihasilkan dalam bentuk wacana kreatif yang utuh sebagai kesan daripada kehadiran idea yang dilahirkan secara tersusun dalam proses membentuk mesej sajak.

(iii)             Kehadiran idea dinilai daripada penggunaan kata yang sesuai dan relevan dalam diksi yang dibentuk dalam sesebuah sajak.

(iv)             Konteks yang relevan dengan maksud dijadikan kayu ukur bagi menghasilkan maksud yang logik pada mesej yang terbentuk dalam wacana.

(v)               Karya sajak sebaik-baiknya mendukung fikiran dan falsafah hidup masyarakat yang membina.  Karya mestilah mendukung moraliti budaya dan agama.

(vi)             Nilai kebaikan seperti bermoral, bermotivasi dan bersahsiah tinggi dijadikan pertimbangan yang menyumbang kepada kejayaan mana-mana karya bagi diangkat sebagai karya pemenang.

(vii)           Karya mestilah mengandungi idea dan fikiran yang membina tetapi tidak menolak kebebasan berkarya yang dianggap sebagai hak penulis yang sentiasa dilindungi.

 

Kriteria Penilaian Sajen

 

Istilah “sajen” merupakan akronim yang dicipta daripada dua perkataan “sajak” dan “jenaka”, supaya “sajen” membawa maksud “Sajak Jenaka”.  Selain beberapa garis panduan yang dinyatakan dalam penilaian karya daripada kategori sajak, karya sajen mestilah mengandungi unsur jenaka (humor) sebagai antara syarat utama yang menempatkan pemenang samada di tempat pertama, kedua dan ketiga. Kekuatan sajen dinilai pada siratan, kiasan dan kilasan yang tergambar pada mesejnya.  Selain itu, karya sajen mestilah memenuhi sifat-sifat sajak yang indah dan mengandungi fikiran yang terkilas secara berseni.

 

Kriteria Penilaian Cerpen

 

Yang berikut ialah beberapa panduan yang digunapakai oleh penal hakim bagi menyaring dan memilih karya-karya yang layak menerima hadiah:

 

(i)                 Karya sebaik-baiknya berkeupayaan menjana daya taakulan dan menawarkan pengalaman estetik kepada pembaca.

(ii)               Karya mengemukakan pemikiran positif dan bervariasi.

(iii)             Karya dapat menyumbang kepada pembinaan sahsiah khalayak.

(iv)             Karya peka terhadap aspirasi nasional, perubahan sosial dan kemanusiaan jagat tanpa mempertikaikan nilai-nilai agama Islam.

(v)               Bahasa karya haruslah indah, imaginatif dan berkesan, di samping bersifat intelektual dalam usaha memajukan warisan bangsa.  Aspek bahasa diberikan keutamaan dalam membuat pemilihan, kerana keindahan bahasa meningkatkan tahap kebijaksaan yang terkandung dalam karya.

 

Kriteria Pemilihan Penulisan Biografi

Penentuan penulisan biografi dilakukan berdasarkan panduan yang berikut:

(i)                 Karya biografi mestilah mengikut format penulisan biografi, seperti perkembangan sejarah hidup secara kronologi.

(ii)               Sumbangan tokoh dinyatakan dengan jelas dan terperinci, sedapat-dapatnya dinyatakan mengikut urutan peristiwa yang dilaluinya dalam sejarah perkhidmatan dan sumbangannya kepada bangsa dan negara.

(iii)             Penulisan biografi sebaik-baiknya melampirkan senarai rujukan sebagai bukti penyelidikan yang dilakukan tentang seseorang tokoh Melayu yang biografinya dituliskan.  Aspek ini bukanlah syarat wajib, tetapi, jika ada, pertimbangan yang lebih tinggi akan diberikan kepada karya yang melampirkan bahan rujukan.

(iv)             Maklumat yang dimasukkan dalam karya hendaklah benar dan terperinci, terutama tentang sumbangan bakti tokoh yang dihuraikan dalam bentuk kajian biografi.

 

PEMILIHAN PEMENANG

Kategori Sajak

Untuk kategori ini, lapan karya telah disenarai-pendekkan oleh panel hakim peringkat saringan.  Daripada lapan buah sajak yang disenarai-pendekkan itu, tiga karya dipilih untuk Pemenang Pertama, Pemenang Kedua dan Pemenang Ketiga oleh pengadil finalis. Berdasarkan kriteria yang dinyatakan di atas, sajak yang memenangi hadiah adalah seperti berikut:

 Kedudukan Pemenang            Judul Sajak

 Tempat Pertama:                     Tentang Lukisan Kusam Dan Tak Tersiap

 Tempat Kedua:                       Ambivalen: Nyanyian Absurdis

 Tempat Ketiga:                       Jebat-jebat Merafak Sembah

Tempat Keempat:                    Tamu Sang Diktator

Tempat Kelima:                       Perang Ini Bukan Membakar Bendera

 

Kekuatan Sajak Pemenang

Sajak “Tentang Lukisan Kusam Dan Tak Tersiap” dipilih sebagai pemenang tempat pertama berdasarkan kemampuannya membawakan imej yang membentuk fikiran dan falsafah kehidupan yang menunjukkan bahawa setinggi mana pun kejayaan manusia, asas kejayaan tersebut tidak dapat terlepas daripada nilai perjanjian konvensi sebagai tunggak kekuatan, kebanggaan dan identiti sesuatu bangsa.  Kekuatan puisi ini terletak pada pengucapan kerahsiaan tentang pentingnya nilai kepusakaan dalam kemajuan sesuatu bangsa. Jika dibandingkan dengan sajak-sajak pemenang tempat kedua dan ketiga, sajak ini berhasil mengungkapkan fikiran dan falsafah keilmuan secara berseni, yakni halus, pada mesejnya.  Sajak pemenang kedua dibezakan daripada sajak pemenang ketiga berdasarkan kekuatan pelambangan dalam pengucapan idea yang membentuk mesej meskipun agak absurd dalam cara melukiskan nilai kebenaran hakiki berbanding kebenaran manusia mengikut ukuran atau persepsi yang diwujudkan oleh manusia dalam kehidupan di dunia sekarang.  Ketiga-tiga sajak yang menang dianggap kuat dari segi pembentukan wacana kreatif yang utuh sebagai hasil daripada susunan idea  yang dapat menimbulkan pemikiran yang bernas, berfalsafah dan halus dari segi sifat-sifat sajak yang mengandungi sentuhan emosi dan intelektual.

 Kategori Sajen

 Dalam kategori sajen, enam buah sajak jenaka telah disenarai-pendekkan.  Daripada enam buah sajen itu, empat karya dipilih bagi ditentukan untuk Pemenang Pertama, Pemenang Kedua, Pemenang Ketiga dan Pemenang Keempat oleh penilai finalis.  Berdasarkan kriteria yang telah digariskan, sajen yang dipilih sebagai pemenang hadiah adalah seperti berikut:

Kedudukan Pemenang                        Judul Sajen

Tempat Pertama:                     Klasik Meragam Isteriku Tinggal

 Tempat Kedua:                       Tender Tertutup Dan Tender Terbuka

 Tempat Ketiga:                       Apa Kata Mereka Bila Harga Petrol Naik

 Tempat Ketiga:                       Bila Dah Gila-gila

 

Kekuatan Sajen Pemenang

Sajen berjudul “Klasik Meragam Isteriku Tinggal” dihakimi sebagai pemenang pertama berdasarkan keindahan bahasa yang digunakan secara puitis.  Walaupun nilai humornya sederhana, cara puisi diungkapkan mempertahankan nilai seni yang matang dalam proses penyampaian unsur jenaka dalam wacana. Sajen pemenang kedua berjudul “Tender Tertutup Dan Tender Terbuka” mengandungi unsur jenaka yang menarik dan mencuit perasaan ibu bapa yang terlalu bersyarat dalam keghairahan mencarikan jodoh untuk anak gadisnya. Dari segi penggunaan bahasa, mutu persembahan untuk menyampaikan sindiran tidak sehalus dan seindah puisi pememang pertama. Manakala sajen pemenang ketiga mengandungi unsur jenaka yang tersembunyi di sebalik ungkapan yang tersendiri bentuknya.  Penyampaian secara berterus terang sebegini kurang indah jika dinilai mengikut bentuk wacana yang bersifat kreatif. Walaupun tujuannya (berdasarkan sindiran pada mesej) tercapai, bentuk yang kurang puitis tidak memelihara sifat-sifat sajen sebagai wacana puisi yang indah. Atas dasar ini, sajen “Apa Kata Mereka Bila Harga Petrol Naik” ditempatkan sebagai pemenang ketiga.  Walaupun sajen “Bila Dah Gila-gila” mempunyai struktur yang agak puitis, isunya yang ringan menyebabkan sajen ini ditempatkan sebagai pemenang ketiga tambahan daripada kategori sajen.

Kategori Cerpen

Tiga buah cerpen telah disenarai-pendekkan oleh penal hakim peringkat pertama.  Selainnya tidak layak dipilih untuk dimasukkan ke dalam senarai pendek.  Oleh sebab itu, tiga buah cerpen sahaja layak dinilai oleh hakim finalis supaya ditentukan karya mana layak memenangi Hadiah Pertama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga. Setelah ketiga-tiga karya cerpen dinilai mengikut syarat dan garis panduan yang digunapakai, pemenang-pemenangnya adalah seperti berikut:

Kedudukan Pemenang                        Judul Cerpen

 Tempat Pertama:                     Berselindung Di Sebalik Pokok Nipah

Tempat Kedua:                       Pentas Genba

 Tempat Ketiga:                       Kilabret – Sebuah Cerita Songsang Songsang

 

Kekuatan Cerpen Pemenang

 Cerpen “Berselindung Di Sebalik Pokok Nipah” dipilih sebagai Pemenang Hadiah Pertama kerana pengolahan ceritanya menunjukkan kematangan menggunakan bahasa kreatif yang berkesan sebagai karya cerpen yang menarik minat pembaca untuk mengikuti cerita selanjutnya.  Walaupun bahasanya sederhana, cerpen ini membuktikan penyampaian fikiran yang asli, serta berupaya membawa makna berlapis.  Cerpen ini juga mengemukakan perutusan murni kepada pembaca melalui “siratan dakwah” yang bersifat vis-a-vis tentang kehidupan dan kematian.  Khalayak diajak untuk melakukan kebaikan tanpa mengenal agenda, menangguh masa dan mengasak suasana.  “Siratan dakwah” yang terpamer dalam cerpen ini disatukan menerusi dunia realiti dan imaginasi untuk menguja pembaca tentang nilai kemahakuasaan Ilahi.  Garapan bahasa yang sederhana berhasil memikat pembaca tentang nilai seni dan ruang berfikir bagi sebuah kehidupan yang memerlukan siratan yang tersendiri.  Cerpen “Berselindung Di Sebalik Pokok Nipah” sesungguhnya membawa pembaca kepada petak-petak perjalanan kehidupan yang seharusnya ditangani dengan sentuhan fikir yang berulang kali sebelum melakukan sesuatu perkara demi kesejahteraan yang hakiki. Cara siratan dimunculkan pada mesej menafsir kematangan karya yang memikul beban intelektual pada aras pelaksanaan kehidupan manusia di dunia yang kerap diserang oleh pengaruh dan pancaroba daripada luar.

 

Cerpen pemenang hadiah kedua berjudul “Pentas Genba” tidak dapat mengatasi keistimewaan cerpen di atas dalam banyak hal.  Pemaparan sinis tentang kebobrokan dalam kepimpinan sebuah masyarakat merupakan perkara biasa dalam cerpen tanahair.  Walaupun pengarang menghantar mesej kritikan terhadap pemimpin yang tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, kritikan sosial ini bukanlah sesuatu yang baru dalam polemik politik dan ilmuan di negara kita.  Cerpen ini berhasil menawarkan muatan isu politik yang sejajar dengan fenomena semasa, walaupun sifatnya konvensional.  Kritikan ini didapati memugar pemikiran pembaca tentang konsep amanah yang tidak sepenuhnya dipikul dengan jujur.  Para pemimpin diajak supaya tidak menyembunyikan kepentingan peribadi dalam sebarang usaha atau program politik yang diarahkan kepada kebaikan semua golongan rakyat dalam sebuah negara merdeka. Kritikan sinis politik berhasil dititipkan kepada kesedaran pembaca, tetapi isu ini tidak menunjukkan kebaharuan dalam penulisan sesebuah cerpen yang tinggi dari segi kandungan nilai falsafah pemikirannya. Manakala cerpen berjudul “Kilabret-sebuah cerita songsang songsang” didapati tidak indah dan tidak kreatif pada aspek penimbulan siratan dalam cerita.  Penggunaan bahasa yang terkerat-kerat menyebabkan pembaca terganggu untuk mengikuti maksud-maksud kiasan dan sindiran tentang gejala sosial yang semua pihak terjebak untuk menanggung kesalahan secara bersama. Penyelesaian masalah yang tidak dihidupkan pada akhir cerita membuatkan pembaca terbuku untuk menggarap fikiran yang tersembunyi di sebalik fenomena sosial yang menjijikkan itu.  Walaupun begitu, penceritaan dalam cerpen ini berhasil menggerakkan pemikiran permbaca terhadap masalah sosial yang memburukkan imej masyarakat. Secara bandingan, cerpen ini tidak dapat mengatasi nilai kreatviti yang tercermin pada kedua-dua cerpen pemenang pertama dan kedua di atas.  Justeru, cerpen ini layak memenangi tempat ketiga daripada senarai pemenang hadiah cerpen tahun 2008.  

Kategori Penulisan Biografi

 Bagi kategori penulisan biografi 50 Melayu Terbilang, enam buah hasil tulisan biografi telah disenarai-pendekkan oleh sekumpulan penilai Hescom di peringkat awal.  Daripada enam buah hasil penulisan biografi itu, empat buah sahaja dipilih untuk menduduki tempat Pemenang Pertama, Pemenang Kedua, Pemenang Ketiga dan Pemenang Keempat.

 

Setelah keenam-enam karya biografi itu diteliti dan dinilai berdasarkan garis panduan penilaian yang telah dinyatakan, empat buah biografi yang berikut ini telah diputuskan sebagai pemenang:

 

Kedudukan Pemenang                        Judul Karya Biografi

 

Tempat Pertama:                                 A. Samad Ismail

 Tempat Kedua:                                   Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

 Tempat Ketiga:                                   Shahnon Ahmad

 Tempat Keempat:                                Syed Mokhtar Al-Bukhary

 

Kategori Puisi eSastera Indonesia 

 Pada tahun 2008, Hescom telah memperkenalkan kategori puisi eSastera Indonesia sebagai kategori tambahan kepada kategori-kategori karya tahun-tahun sebelum ini.  Daripada senarai yang dilayarkan di eSastera.com, tiga buah sajak telah disenarai-pendekkan.  Daripada senarai pendek tersebut, Pemenang Tempat Pertama, Pemenang Tempat Kedua dan Pemenang Tempat Ketiga ditentukan oleh penilai finalis.

 Berdasarkan kriteria dan garis panduan yang dinyatakan untuk kategori sajak yang dirujuk oleh penilai, yang berikut ini adalah karya sajak yang dihakimi sebagai layak memenangi hadiah.

 

Kedudukan Pemenang                        Judul Karya    

 Tempat Pertama:                                 Perantau Pulang

 Tempat Kedua:                                   Selamat Tinggal Rindu Dan Nafsu

Tempat Ketiga:                                   Pesan Seorang Murid

 Kekuatan Karya Pemenang Pertama

 Seperti juga dengan sajak pemenang Pertama daripada kategori sajak, sajak eSastera Indonesia berjudul “Perantau Pulang” membuktikan kualiti yang dapat dipertahankan mutu kreativiti penciptaan puisi yang tinggi.  Antara keistimewaan sajak ini ialah kualiti kandungan mesejnya yang berhasil diungkapkan secara berdaya fikir kerana pemilihan kata yang membentuk diksi menyertakan sentuhan emosi dan intelektual pada aras tafsiran. Terasa sekali sajak ini mengandungi kesedaran enigmatik yang mengundang keindahan melalui pemakaian kata yang dapat menyusun makna-makna siratan secara tersentuh pada aras dalaman puisi.  Daripada susunan makna-makna itu maka terbentuk sebuah sajak yang utuh sama ada dari segi binaan strukturalnya mahupun susunan idea pada mesejnya.  Kelebihan ini tidak terdapat pada kedua-dua puisi yang menang pada tempat kedua dan ketiga kategori ini.  Sajak “Selamat Tinggal Rindu Dan Nafsu” diputuskan untuk layak memenangi tempat Pemenang Kedua atas keupayaannya menggunakan peleburan semantik dalam proses mengadun keterikatan yang secara keseluruhan terpusatnya falsafah motivasi yang dianggap lebih tinggi keterasaannya daripada yang mampu ditawarkan oleh puisi “Pesan Seorang Murid” yang memenangi tempat Ketiga dalam kategori eSastera Indonesia tahun ini.

 

Kesimpulan

Pada dasarnya usaha menghakimi dan menilai karya yang berkualiti bukannya mudah.  Dengan semangat supaya tercapainya keadilan, penilai finalis berpuas hati dengan kerja yang tidak ada sebarang keraguan, seperti sikap berat sebelah dan sebagainya.  Melalui kesedaran agar kualiti karya diutamakan daripada yang lain-lain, keputusan dapat dibuat dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab yang berwibawa.  Hal ini dapat dipastikan kerana penilai finalis tidak mengetahui nama pengarang atau pencipta karya. Banyak masa digunakan untuk meneliti kualiti karya yang dinilai sepanjang setiap satunya dihakimi sehalus-halus dan seteliti-telitinya dengan ketekunan sepenuhnya diberikan kepada usaha menjamin kualiti yang tidak terabai oleh meskipun sekecil-kecil keabaian.  Dengan kaedah ini, keputusan dapat dibuat dengan perasaan yang sangat puas kepada kerja yang diamanahkan oleh Hescom kepada panel penilai finalis.

 

SENARAI AKHIR PESERTA

Hescom 08: SENARAI AKHIR PENDAFTARAN PESERTA  (10.12.08)

  1. Ainadilah 1 paid
  2. Ainadilah 2 paid
  3. Airmas_SZ 1 paid
  4. Airmas_SZ 2 paid
  5. Aleya Ariana 1 ……………………………….
  6. Aleya Ariana 2 ……………………………….
  7. Aliffmustakim paid
  8. Anbakri 1 ………………………………………
  9. Anbakri 2 ………………………………………
  10. Anna hs paid
  11. Are Your paid RM50
  12. Ariff Abadi paid
  13. Azmi Rahman …………………………………
  14. Brirasa paid
  15. Dahrie 1 …………………………………………….
  16. Dahrie 2 …………………………………………………..
  17. Dr.irwan paid
  18. Elmi Zulkarnain…………………………………...
  19. Hani Hamsyari 1 paid
  20. Hani Hamsyari 2 …………………………………
  21. Hani Hamsyari 3
  22. Haniff Romai Noor 1 ……………………………….
  23. Haniff Romai Noor 2 ……………………………….
  24. Has1mah paid
  25. Hilmi paid
  26. HMS Abu Bakar 1 …………………………………..
  27. HMS Abu Bakar 2 …………………………………..
  28. HMS Abu Bakar 3 …………………………………..
  29. HMS Abu Bakar 4
  30. HMS Abu Bakar 5
  31. HMS Abu Bakar 6
  32. Iedet .............................................................
  33. Jebatsari …………………………………………………
  34. Jelita Anis 1 …………………………………………………………
  35. Jelita Anis 2 …………………………………………………………
  36. Juan Enriqie 1 ……………………………………………………
  37. Juan Enriqie 2 …………………………………………………………
  38. Juan Enriqie 3 …………………………………………………………
  39. Juan Enriqie 4 …………………………………………………………
  40. Kablam 1 paid
  41. Kablam 2 paid
  42. Kalamutiara 1 paid
  43. Kalamutiara 2 paid
  44. KaleMas paid
  45. Kerisakti paid
  46. Kingbinjai paid
  47. Kriey paid RM50
  48. Lintang Sugianto 1 ………………………………
  49. Lintang Sugianto 2 ………………………………
  50. Matahati paid
  51. MB 1 paid
  52. MB 2 paid
  53. Merdu Andika ...............................................
  54. MN Iskandar paid
  55. Mokhtar Sah Malik paid
  56. Nadzie paid RM50
  57. Naimisa paid
  58. Naz Rain paid RM50
  59. Nik Zafri 1 paid
  60. Nik Zafri 2 paid
  61. Nimoiz T.Y paid
  62. Nuralana 1 tarik diri 10.12.08
  63. Nuralana 2  tarik diri 10.12.08
  64. Nuralana 3  tarik diri 10.12.08
  65. Ramy paid RNM50
  66. Razali Endun 1 .................................
  67. Razali Endun 2 .............................
  68. Rimanilzah paid RM50
  69. Roslan Jomel Paid RM50
  70. Rudy 1 paid RM50
  71. Rudy 2 Paid RN50
  72. Ruznah paid RM50
  73. Tabir Alam paid RM50
  74. Teratai paid RM50
  75. Teratakerapung paid RM50
  76. Tintasukma 1 paid RM50
  77. Tintasukma 2 paid RM50
  78. Tintasukma 3 paid RM50
  79. Yajuk 1 paid RM50
  80. Yajuk 2 paid RM50
  81. Zaitun paid RM50
  82. Zek Marman paid RM50
  83. Zulazmi paid RM50
  84. Zuraima

 

JEMPUTAN

  1. Datuk Johan Jaaffar*
  2. AGI
  3. Akmal Jiwa
  4. Arbak
  5. Raja Ahmad*

 *Masih menunggu jawapan

PROGRAM

ATUR CARA

HARI 1: Sabtu 13.12.08 (Hotel Mirama KL)

7.30 Pendaftaran (Haniff)
7.40 Persembahan “Selamat Datang”: Lagu-lagu Puisi (Juan Enrique dan kumpulan)
7.45 Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat (Penyambut: Teratai dan Hani Hamsyari)

8.00 ALU-ALUAN JURUACARA (Nimoiz T.Y)

8.05 Doa (Ramy)

8.10 Ucapan selamat datang oleh Pengasas eSastera.com

8.20 Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua eSastera Wilayah/Negeri

8.30  Majlis Pelancaran Buku-buku baru eSastera (Pelancaran oleh AGI)

8.35 Jamuan Makan (diiringi Persembahan Lagu Puisi oleh Juan dan kumpulan)

8.50 KEPUTUSAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA-SAYEMBARA I (Penyampai Dr. Irwan)

S1. Komuniti Profil

S2. Komuniti Pantun

S3. Komuniti Puisi Tradisional

S4 Komuniti Sajen

S5. Komuniti Madah

S6. Komuniti Haiku dan Tanka

S7. Komuniti Teka-teki

S8: Komuniti DUNIAkini  KITA

9.30 PERSEMBAHAN I

1. HMS Abu Bakar

2. Elmi Zulkarnain

3. Brirasa

4. Hasimah Harun

5. Ariff Abadi dan Merdu Andika

9.45 KEPUTUSAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA-SAYEMBARA II (Penyampai Akmal Jiwa)

S9. Sayembara Pilihan Raya

S10. Sayembara Banjir

S11. Sayembara Permatang Pauh

S12. Sayembara Raya Aidilfitri

S13. Sayembara 50 Melayu Terbilang

S14. Sayembara Khas Untuk Alumi Akses III

10.00 PERSEMBAHAN II

AGI

Datuk Kemala

Dr.  Irwan

Datuk Johan Jaaffar

10.20 MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH eSASTERAWAN.NET  (Disampaikan oleh Dr. Irwan)

A1. Pelawat Bertuah

A2, Entri Terbaik

A3. Blog Terbaik

10.30 CABUTAN BERTUAH

10.35 PERSEMBAHAN III

Kalamutiara
Dahrie
Bambang dan Lintang Sugianto
Anbakri dan Matahati

10.50 MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH eSASTERA.COM  (Disampaikan oleh  Datuk Johan Jaaffar*)     *Tentatif.

Ulasan Pengadilan (Dr. Irwan)

A4. Haiku Melayu (AHMAS)

A5. Cerpen (ACAS)

A6. Sajen (ASJAS)

A7. eSastera Indonesia

A8. Penyair (APAS)

A9. Piala Pusingan sumbangan Nik Zafri (untuk Pemenang Keseluruhan)

11.15 PENUTUP

HARI 2: Ahad 14.12.08 (Rumah

                Puspanita, KL)

9.00 pagi Majlis makan pagi untuk semua peserta Hescom yang mahu hadir. (Hos Dr.irwan dan Cikgu Hasimah.  Majlis interaksi dan post-mortem Hescom. Sila sahkan kehadiran sdr pada malam Hescom nanti. (Hos: Dr. Irwan dan Cikgu Hasimah)

BAYARAN KEHADIRAN
Bayaran RM50 seorang. Sila beritahu kami setelah bayaran dibuat.
 

*Bayaran boleh dibuat (sebelum 9.12.03) dengan menggunakan salah satu daripada cara yang berikut:

  1. Cek/kiriman wang/wang pos/LO dsb. atas nama Esastera Enterprise dan hantarkan ke alamat:
      Esastera Enterprise,
      96 Jalan 7/71B,
      Pinggir Taman Tun Dr. Ismail,
      60000 Kuala Lumpur.

  2. Wang tunai yang dimasukkan ke dalam salah satu akaun yang berikut:

      Esastera Enterprise

    • CIMB (no. akaun 1421-0008623-05-4)

      Wan Abu Bakar Wan Abas

    • Maybank (no. akaun 1-6427600041-8)
    • Bank Muamalat (no. akaun 1205-0002127-71-9)
    • Bank Islam (no. akaun 12-047-02-002914-5)
    • RHB Bank (no. akaun 1-64384-0000557-2)
    • AmFinance (no. akaun 081-002-000922-3)
    • Bank Simpanan Nasional Giro (no. akaun 1418 0298 4515 9387)
    • Lembaga Tabung Haji (no. akaun 6305 0100 4957 965)

  3. Bayaran melalui PayPal ke akaun drirwan1@gmail.com
ATURCARA ISTIMEWA
Hescom 08
(Kemas kini 6.12.08)
Pelancaran 7 buah buku baru terbitan eEsastera Enterprise:
1. Novel Cinta Berbalas Di Meja 17 (oleh Irwan Abu Bakar).
2. Berkarya Di Alam Siber (Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun).
3. Esprit De Corps (Antologi cerpen Nimoiz T.Y)
4. Cerita Gelisah (Antologi cerpen Kalamutiara, Naimisa,dan Roslan Jomel).
5. Antologi puisi Selamat Pengantin Baru (HMS Abu Bakar)
6. Antologi puisi Ratib Timur (eSastera Kelantan: As Syramy, MN Iskandar, Kale Mas, Ariff Abadi, Merdu Andika).
7 Antologi puisi Setelur Adam (Tintasukma, Airmas S_Z, Mohd Dahri Zakria, As Syramy).

Dan kalau sempat:

8. Anotlogi karya finalis Hescom 08.
9. Antologi puisi eSastera Anjung Utara.

Persembahan:
0. Baca Puisi oleh sdr Akmal Jiwa (Datuk Kemala), Dinsman (akan disahkan kemudian), dan AGI (akan disahkan kemudian telah mengesahkan kehadiran untuk membaca puisi).
1. Nyanyian lagu-lagu puisi oleh Juan Enrique dan kawan-kawan (Singapura).
2. Nyanyian lagu puisi oleh SAS Anbakri (Malaysia).
3. Deklamasi puisi oleh Lintang dan Mambang Sugianto (Indonsesia).
4. Deklamasi puisi oleh Elmi Zulkarnain (Singapura).
8. Persembahan deklamasi/nyanyian oleh ahli-ahli eSastera yang belum pernah naik ke pentas Hescom, termasuk Matahati (belum mengesahkan kesanggupan sedang memohon cuti kerja), Jebatsari (telah mengesahkan ketaksanggupan), Kalamutiara (belum tanya lagi sudah mengesahkan kesanggupan).

Penyampaian:
Watikah perlantikan eSastera Wilayah/Anjung.

Hadiah Istimewa:
Blog eSasterawan terbaik.
Entri blog paling menarik di eSasterawan 2008.
Blogger eSasterawan paling baloq (hadiah penyapu, hahaha...).
Pelbagai Sayembara di komuniti Sajen, Pantun, sastsera Tradisional, Teka-Teki, Dunia Kini, Haiku, Akademi.

Mereka yang hendak menyumbangkan hadiah, sila hubungi kami segera kerana takut dah terlebih hadiah :)
Finalis Anugerah*

Perhatian: Hanya pemenang yang hadir di malam penaugerahan Hescom 08 sahaja yang layak menerima hadiah yang diperuntukkan.

(kemas kini 30.11.08)

* Tidak layak bertanding walaupun cukup karya: (1) Founder, Co-founder, ibu bapa dan anak-anak mereka; Administrator , ibu bapa serata anak-anak mereka (tak layak untuk genre yang berkaitan sahaja).

1. ANUGERAH PENYAIR ALAM SIBER (APAS):

Dalam tempoh 1.7.07 hingga 30.6.08, seramai  302 orang penyair telah menyiarkan  sebanyak 693 buah sajak di komuniti "Penyair".

74 orang ahli yang berikut telah melepasi syarat minimum bilangan karya (berasaskan kriteria 11 sajak minimum dari 1.7.07 hingga 30.6.08). Ahli yang berkenaan perlu memenuhi dua syarat yang berikut untuk dipertimbangkan anugerah dalam Hescom 08:

(1) Memperoleh 3 bintang di komuniti Profil. (Bagi yang belum, sila kemaskinikan profil anda sebelum 20.11.08).

(2) Menghantarkan kepada kami (e-mel: esastera@gmail.com) TIGA (3) buah sajak yang sdr pilih sendiri untuk anugerah.  Sajak-sajak itu mestilah yang telah tersiar di komuniti Penyair dalam tempoh 1.7.07 hingga 30.6.08. Tarikh akhir menghantarkan karya ialah pada 24.11.08.
 

  1. Abdulhalim (14 buah,1.7.07 hingga 30.6.08)
  2. Abdullah Jones (20)
  3. Adnan A.M. (68)
  4. Airmas_SZ (20)
  5. Aiza Zizan (14)
  6. Alhaque (20)
  7. Aliff Mustakim (16)
  8. A Mohd Fahmi (26)
  9. Amrul Hafeez Bakri (15)
  10. Anjanglie (13)
  11. Anna  Karenina (25)
  12. Apandi (17)
  13. Ariff Abadi (28)
  14. Atui Dtabasan (13)
  15. Aura Insani (19)
  16. Awan (13)
  17. Ayu Jamilah (24)
  18. Azmi Rahman (85)
  19. B.D. Nugo (15)
  20. Brirasa (63)
  21. Budy K.N.A. (25)
  22. Cekmek (15)
  23. CK Bayu (52)
  24. Curasimanjakini (27)
  25. Dakwat Cair (18)
  26. Dewi Penyair (30)
  27. Elang (29)
  28. Eziz Shukman (81)
  29. Farah Nyemah Mulya (11)
  30. Hafez J. (11)
  31. Hani  Hamsyari (12)
  32. Hisham (31)
  33. Ilhami (91)
  34. Jebatsari (11)
  35. Juan Enrique (11)
  36. Kalamutiara (47)
  37. Kale Mas (59)
  38. King Binjai (62)
  39. Lonmely Rose Black (30)
  40. M. Saifun Salakin (17)

 

41. M.N. Iskandar (62)

42. Mata Hati (41)

43. Mawar Kusina UUM (14)

44. Merdu Anika (18)

45. Mohamad Zaki (21)

46. Mokhtar Sah Malik (34)

47. Moyank (19)

48. Najwa_Aiman (31)

49. Nazirah (16)

50. Nazmeen (18)

51. Nissa_Yusof (18)

52. Ode (13)

53. Papillon (35)

54. Pemancing 80 (11)

55. Raehan (18)

56. Rahmat Haroun Hashim (57)

57. Ramy 0722 (190)

58. Razali Buyong (66)

59. Rimanilzah (20)

60. Rinizan (13)

61. Ritzael (30)

62. Sarikei Sarawak (76)

63. Shah Reza (11)

64. Sueda (17)

65. Sumpitt (26)

66. Tabir Alam (16)

67. Teratai (13)

68. Teratakerapung (53)

69. Tintasukma (12)

70. Unggas Rimba (22)

71. Usop 2000 (12)

72. Yajuk (69)

73. Zaidin Abadi (39)

74. Zuraima (12)

 

2. ANUGERAH CERPENIS ALAM SIBER (ACAS):

Dalam tempoh 1.7.07 hingga 30.6.08, seramai 48 orang cerpenis telah menyiarkan sebanyak 120 buah cerpen di komuniti "Cerpenis".

Tujuh orang ahli yang berikut telah melepasi syarat minimum bilangan karya (berasaskan kriteria 5 buah cerpen minimum dari 1.7.07 hingga 30.6.08). Ahli yang berkenaan perlu memenuhi dua syarat yang berikut untuk dipertimbangkan anugerah dalam Hescom 08:

(1) Memperoleh 3 bintang di komuniti Profil. (Bagi yang belum, sila kemaskinikan profil anda sebelum 20.11.08).

(2) Menghantarkan kepada kami (e-mel: esastera@gmail.com) TIGA (3) buah cerpen yang sdr pilih sendiri untuk anugerah.  Cerpen-cerpen itu mestilah yang telah tersiar di komuniti Cerpenis dalam tempoh 1.7.07 hingga 30.6.08. Tarikh akhir menghantarkan karya ialah pada 24.11.08.


  1. Abdulhalim (7 buah, dari 1.7.07 hingga 30.6.08)
  2. Irwan Mansor (5)
  3. Ismi Nailofar (6)
  4. Kalamutiara (6)
  5. M. Saifun Salakim (9)
  6. Naimisa (9)
  7. Roslan Jomel (7)

 

3. ANUGERAH SAJAK JENAKA (SAJEN) ALAM SIBER (ASJAS):

1. Sdr MB ( banyak sangat, tak larat nak bilang )
2. sdr Tabiralam (28)
3. Sdr Kalamutiara (17)
4. sdr kaleMas (16)
5. sdr teratai (15)
6. sdr Ramy (14)
7. sdr MN Iskandar (14)
8. sdr Merdu Andika (13)
9. sdr Arif Abadi (12)
10. sdr Jebatsari (12)

4. ANUGERAH NOVELIS ALAM SIBER (ANAS):

Tiada novel yang diterbitkan untuk 2008 kecuali Cinta BerbalasDi Meja 17 (tidak layak dipertandingkan kerana karya Pengasas eSastera sendiri).

5. ANUGERAH HAIKU MELAYU ALAM SIBER (AHMAS):

Jumlah Peserta: 23
Jumlah Haiku: 186
Peserta Yang Layak (8):

1. jebatsari
2. mokhtar sah malik
3. usop2000
4. aliffmustakim
5. zuraima
6. azmi rahman
7. raehan
8. izwansah

6. eSASTRA INDONESIA

6A. Fiksi @ Cereka

Jumlah Cereka:
Jumlah Peserta: 2
Peserta yang layak (0):

Tiada

6B. Puisi

Jumlah puisi: 63
Jumlah Peserta: 11
Peserta yang layak (4):

1. Putri_Pratama
2. setetes embun
3. elang (hilang kelayakan kerana bertaraf Administrator)
4. apandi

Cenderamata Kehadiran (Door Gifts)  Akan disumbangkan oleh sdr Lonelyroseblack.
Pendaftaran Kehadiran

(kemas kini 11.12.08, 9.15 pm)

Sila rujuk "Senarai Akhir Peserta" di atas untuk senarai kemas kini.
Pendaftaran kehadiran sedang berjalan.  Sila daftarkan diri sdr di Papan Nota komuniti "Penyair" atau emel ke:   esastera@gmail.com.
Senarai yang telah mendaftar untuk hadir setakat ini:

Hijau = sudah bayar.
Merah = terpaksa menarik diri.
Biru = Akan hadir, akan bayar
Cokelat Bold: Janji hadir, belum bayar
Ungu = Tetamu

(1) Jebatsari. (2) Rimanilzah. (3) Ramy.(4) MN Iskandar. (5-6) ckbayu. (7-8) Dahrie. (9-11) Aiza Zizan. (12) KaleMas. (13-15) Tintasukma. (16) Elang. (17-18) Hani Hamsyari. (19-20) Camar Putih. (21) Armiza Nila. (22) Aura Insani. (23) Bukunota. (24) aliffmustakim. (25) Teratai. (26) Tabir Alam. (27) Nimoiz T.Y (28) kingbinjai. (29) amohdfahmi. (30) Rudy Bluehikari. (31-32) MB. (33) Zuraima. (34) Mokhtar sah malik. (35-36) Anbakri. (37) Naimisa. (38-39) Thoyba Mursyidah. (40-41) Jelita Anis. (42-44) Nuralana. (45) Adnan MN. (46) Matahati. (47) Anna hs. (48-49) Shamsul Amin. (50) Azmi Rahman. (51-52) Aziz Zabidi. (53) Brirasa. (54) AM.Fairus. (55) Ariff Abadi. (56) Anggerik_Rimba89. (57-60) Juan Enriqie. (61) Nordarus. (62) Kriey. (63)  Teratakerapung. (64) Elmi Zulkarnain. (65) naz rain6163. (66) Nadzie. (67) is rashout. (68-69) aleya ariana. (70-71) Nik Zafri dan isteri. (72) Roslan Jomel. (73) Ruznah. (74-75) Kalamutiara. (76-77) Yajuk. (78) . (79-80) Haniff Romai Noor. (81-82) Kablam. 83. Hilmi. 84. Zulazmi. 85. Dr.irwan. 86. Has1mah. 87. Zaiton Hj. Mohamamad. 88-89. Razali Endun. (90-91). (92-93). Airmas_SZ. (94) Brirasa. (95) Zek Marman. (96-98) HMS Abu Bakar. (99-100) Lintang + Mambang Sugianto. (101-102) Ain Adilah, (103) Kerisakti. (104) Merdu Andika.

Jemputan
104. Datuk Johan Jaafar*
105. Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI)
.
106. Arbak Othman
107. Raja Ahmad* (Akan beri jawapan esok)
108. Akmal Jiwa


*Menunggu jawapan

Jumlah terdaftar = 104.
Terpaksa Tarik Diri = 10.
Tiada/Akan Respons: 14.
Sah akan hadir = 78+2*.
Sudah bayar = 35.
Anugerah APAS, ASJAS, ANAS, ACAS, dan lain-lain.
Pelbagai sayembara juga akan diadakan dari Disember 2007 hingga November 2008.