PENGUMUMAN

 

SIDANG SERANTAU SASTERA SIBER 2006

(4S06)

 

Tema: Memerkasa Sastera Melayu Melalui Internet

 

eSastera.com akan menganjurkan persidangan serantau tentang saster siber.  Program itu dinamai Sidang Serantau Sastera Siber 2006 (4S06) dan merupakan program tiga-dalam-satu, iaitu Akademi Sastera Siber (AKSES), Seminar Sastera Siber (SSS), dan Hadiah eSastera.com 2006 (Hescom 06).

 

Program tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Disember 2006 ini dengan objektif untuk mengetemukan aktivis dan peminat sastera siber dari Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan lain-lain.

 

Akademi Sastera Siber ialah program bimbingan menulis karya dan menyiarkannya di alam siber serta bimbingan deklamasi puisi, diakhiri dengan majlis  sayembara deklamasi puisi.

 

Seminar Sastera Siber ialah program pembentangan kertas kerja dan diskusi ilmiah tentang perkembangan, status, dan masa depan sastera siber dalam memerkasa sastera Melayu melalui medium Internet.   Juga tentang isu dan cabaran yang berkaitan.

 

Hescom 06 ialah majlis penyampaian anugerah untuk karya-karya terbaik yang disiarkan di e-majalah eSastera.com sepanjang tahun 2005/06.

 

Penganjur sedang berusaha mendapatkan kerjasama badan-badan lain untuk menjadi penganjuar bersama, seperti Persatuan Sastera Siber Malaysia (Pesiber), DBP Malaysia, dan DBP Brunei Darussalam.

 

Untk keterangan lanjut, sila:


(a) layari laman http://www.esastera.com/sidang06
(b) emel sidang06@gmail.com
(c) Telefon 019-2680086 (Dr Irwan).