|
SIDANG SERANTAU SASTERA SIBER 2006
(Subprogram: Seminar Sastera Siber)
UNDANGAN MENYUMBANGKAN KERTAS
KERJA
Ahli akademik dan penggiat/peminat sastera siber dijemput
menulis kertas kerja untuk dibentangkan dan didiskusi di Seminar
Sastera Siber.
PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA
1.0 Tema
Kertas kerja hendaklah memperkatakan isu-isu menarik berkaitan
sibersastera Melayu. Kertas tentang pengalaman peribadi
penulis yang berkaitan dengan kegiatan sibersastera di Nusantara
juga akan dipertimbangkan.
2.0 Bahasa
Kertas hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu, kecuali untuk
pembentang jemputan yang tertentu.
3.0 Format
Format kertas adalah bebas namun perlu mematuhi format lazim sebuah
kertas kerja persidangan akademik. Gunakan fon Times New Roman saiz
3 (12 poin). Lazimnya, format seperti yang berikut digunakan:
|
JUDUL
Nama Penulis Kertas
Afiliasi/Majikan
Abstrak
Berikan abstrak, dalam satu paragraf, dan tidak melebihi
150 perkataan.
1.0 PENDAHULUAN
Berikan sedikit pengenalan kepada isu yang
ditangani dalam kertas kerja ini.
...
...
X.0 PENUTUP
Rumusan ringkas tentang isu penting yang
diketengahkan dalam kertas kerja ini.
Y.0 RUJUKAN
Senarai bahan rujukan, seperti yang dinyatakan dalam
teks, dengan format yang lazimnya diterima pada
peringkat antarabangsa.
Penghargaan
Kenyataan pengharagaan yang ingin disampaikan oleh
penulis, jika ada.
|
4.0 Kepanjangan Kertas Kerja
Sila hadkan kepanjangan kertas kerja anda kepada empat halaman A4,
bercetak langkau sebaris (double spacing).
|