| BUTIRAN (versi 1)
SIDANG SASTERA
SIBER SERANTAU 2006 Tema: Memerkasa Sastera Melayu Melalui Internet PENGANJUR Sastera.com dengan kerjasama Persatuan Sastera Siber Malaysia (Pesiber) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Negara Brunei Darussalam (akan diundang). 1.0 PENGENALAN Sastera di Internet (alam siber) atau sibersastera telah berkembang dengan pesatnya di serata dunia. Rakyat negara rantau Asia seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, dan Indonesia sangat aktif menggerakkan sibersastera berbahasa Melayu. Persidangan ini bermatlamat mengumpulkan aktivis-aktivis berkenaan di alam nyata untuk bertukar-tukar fikiran, menambah pengetahuan, dan berkongsi pengalaman. 2.0 OBJEKTIF Mengukuhkan dan mempromosi kegiatan penyiaran karya sastera berbahasa Melayu di alam siber (internet). 3.0 PROGRAM Pertemuan aktivis dan peminat sastera siber Nusantara untuk latihan, diskusi, dan baca puisi. 3.1 Program tiga-dalam-satu 3.1.1 Akademi Sastera Siber
(AKSES) 3.2 Program Siang AKSES dan SSS berjalan secara selari/serentak dengan program sepunya pada masa tertentu sahaja. 3.2.1 AKSES Latihan/bengkel penulisan/penyiaran puisi siber. Latihan/sayembara deklamasi puisi. 3.2.2 SSS Pembentangan kertas kerja dan diskusi tentang sibersastera dari pelbagai aspek, termasuk tetapi tidak terhad kepada ciri, kedudukan, kegiatan, perkembangan, dan masa depan sibersastera Melayu serta penerbitan (karya dan e-majalah). 3.3 Program Malam Hescom 06: Majlis anugerah
tahunan eSastera.com dengan acara makan malam formal dan baca puisi
oleh penyair-penyair jemputan, termasuk Juara sayembara AKSES.
Jemputan khas: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (akan
diundang). 4.0 PROGRAM SAMPINGAN Penerbitan majalah cetakan keras Sastera.Net, Edisi 2. 5.0 PESERTA 5.1 AKSES: Pelajar sekolah menengah, Tingkatan 4-6. 5.2 SSS: Aktivis dan peminat sastera. 5.3 Hescom 06: Peserta AKSES, Peserta SSS, ahli-ahli eSastera.com, dan para jemputan. 6.0 KEMUDAHAN DAN PENGINAPAN Akan diuruskan oelh pihak Urusetia, apabila perlu. 7.0 UCAPTAMA DAN PENCERAMAH JEMPUTAN Sedang diuruskan. 8.0 PENDAFTARAN Pendaftatan sedang dibuka untuk membentang kertas kerja di SSS atau sebagai peserta 4S06. 9.0 BAHASA Program akan menggunakan bahasa Melayu. 10.0 TARIKH-TARIKH PENTING 31.10.06 Tarikh tutup pendaftaran. 24.12.06 Hari Program berlangsung. 11.0 YURAN PENYERTAAN Yuran penyertaan, yang meliputi makan minum dan bahan bercetak (tidak termasuk penginapan) adalah seperti yang berikut: AKSES: RM150.00 seorang (termasuk
Hescom). 12.0 PERTANYAAN e-mel: sidang06@gmail.com 13.0 PENYERTAAN Sila isi borang pendaftaran dan emel kepada: sidang06@gmail.com Pendafaran/bayaran tutup pada 31.10.06
|